TENTANG KAMI

Penubuhan syarikat penerbitan Arus Intelek Sdn Bhd pada tahun 1994 diinspirasikan oleh Pengerusi pengasasnya, Allahyarham Dato' Dr. Mokhzani, yang berusaha menyediakan sepenuh sokongan kewangan pada masa itu. Syarikat ini sebahagian besarnya dimiliki dan diuruskan oleh isteri beliau, Datin Azizah Mokhzani. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat penerbitan yang sentiasa berkembang dan telah melebarkan skop perniagaannya kepada beberapa perkhidmatan lain seperti percetakan, mereka cipta kandungan dan reka bentuk bagi kedua-dua medium cetak dan elektronik.

Dalam bidang penerbitan, Arus Intelek giat menghasilkan pelbagai bahan pendidikan, terutamanya bahan pakej buku teks dan lain-lain bahan bacaan suplimentari yang diperlukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam konteks ini, Arus Intelek beraspirasi untuk membantu memenuhi wawasan Kementerian dalam membangunkan masyarakat berilmu dengan memberi penekanan kepada bidang sains dan teknologi. Selain buku teks, syarikat ini turut menerbitkan buku panduan, CD-ROM, dan belbagai bahan rujukan dan pembelajaran, termasuk kamus dwibahasa, glosari, ensiklopedia, carta, poster dan juga buku fiksyen bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Arus Intelek Sdn Bhd juga tidak meminggirkan kalangan pembaca umum, dengan turut menerbitkan bahan bacaan yang berkualiti tinggi seperti buku rujukan beilustrasi, buku mewah "coffe-table", biografi dan fiksyen. Hasil terbitan Arus Intelek diterbitkan dalam kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Penciptaan kandungan dan perkhidmatan reka bentuk kebanyakannya dikhususkan bagi projek-projek luaran yang dikomisikan. Melalui anak syarikatnya, Aura Productions, syarikat ini menyediakan perkhidmatan percetakan bagi semua sektor tempatan. Di peringkat antarabangsa, perkhidmatannya sudah mendapat kepercayaan daripada pelanggan belbagai negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, beberapa negara Afrika, Asia, Oceania dan juga Australia.

Kekuatan Arus Intelek Sdn Bhd terletak kepada iitizamnya terhadap inovasi dan kualiti. Ia mendapat khidmat daripada kalangan induvidu yang berkaliber dalam belbagai bidang yang merangkumi tokoh profesional, para penulis, editor, ahli akademik dan pereka bentuk. Syarikat ini percaya dengan mengoptimumkan kecekapan kakitangan dan membagunkan modal insan, yang mempunyai keupayaan untuk berdaya kreatif, berfikir secara kritikal dan mempunyai semangat jitu melaksanakan tanggungjawap mereka.